
Solat witir merupakan solat sunat terakhir didalam satu malam. Sabda Nabi :-
اجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا
“Jadikanlah solat terakhir pada malam sebagai solat witir”
[Hadith riwayat al-Bukhari #998, Muslim #751].
Apabila solat witir telah dilakukan, tidak perlu lagi diulangi pada malam tersebut. Sabda Nabi :-
Diiriwayatkan oleh Talq ibn Ali berkata : Saya telah mendengar Rasulullah bersabda :-
لا وتران في ليلة
“Tidak ada dua witir dalam satu malam”
[Hadith riwayat al-Tirmudzi #470, al-Nasaa'i #1679, Abu Daud #1439. Dikelaskan sahih oleh syikeh al-Albani didalam Sahih al-Jaami' #7567]
Dengan kata lain, apabila seseorang yang telah melakukan solat witir sebelum tidur, maka apabila dia terjaga malam lalu melakukan solat tahajjud, tidak perlu lagi dia ‘membuka solat witir’ ataupun melakukan solat witir lagi.teruskan sahaja solat sunat yang lain. Soalan ini pernah ditanya kepada bekas Mufti Arab Saudi, syiekh Abdul Aziz bin Baaz :-
وسئل الشيخ ابن باز :إذا أوترت أول الليل ثم قمت في آخره فكيف أصلي ؟فأجاب : إذا أوترت من أول الليل ثم يسر الله لك القيام في آخره فصل ما يسر الله لك شفعاً – يعني ركعتين ركعتين – بدون وتر ، لقول النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (لا وتران في ليلة) .ولما ثبت عن عائشة رَضِيَ اللَّهُ عَنْها أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان يصلي ركعتين بعد الوتر وهو جالس ، والحكمة في ذلك -والله أعلم- أن يبين للناس جواز الصلاة بعد الوتر
“Soalan : Jika saya telah bersolat Witr pada awal malam, kemudian saya bangun solat pada akhir malam, bagaimana harus saya solat?
Jawapan : Jika anda telah solat witir pada awal malam kemudian Allah memudahkan kamu berqiam pada akhir malam, maka solatlah mana yang anda mampu, yakni dua rakaat, dua rakaat – tanpa witir. kerana Nabi bersabda : Tidak ada dua witir dalam satu malam.
Dan telah diriwayatkan dari A’isyah ra. bahawa Nabi pernah bersolat 2 rakaat selepas witir dalam keadaan baginda duduk, hikmah melakukan begitu cuma Allah yang tahu – adalah ingin memberitahu kepada manusia bahawa dibenarkan solat selepas witir” [Majmu' fataawa al-Syiekh ibn Baaz, 11/311].
Dalam kes melakukan witir bersama Imam didalam solat tarawih, Syiekh Jibrin mengatakan bahawa adalah lebih baik bersolat bersama Imam solat witir secara berjemaah. Beliau mengatakan inilah amalan yang dilakukan oleh Imam Ahmad dan ulama’ 2 lain. [Fataawa ramadhan, ms 826].
Kesimpulannya, sebaik2nya adalah solat witir itu adalah penamat solat sunat. Akan tetapi, jika ingin mengerjakan solat sunat selepasnya (witir) maka Imam Nawawi rh. mengatakan : dibolehkan dan bukan Makruh hukumnya
[al-Majmu' Sharh Muhazzab, 3/512]. Tidak perlu melakukan solat sunnat membuka witir dsb.
Wallahua’lam…
Sekian, wassalam

Blogger Templates
No comments:
Post a Comment